Perutusan SUB

Ditulis pada .

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1Malaysia dan Salam TTB.

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT).

Sebagai sebuah jentera eksekutif di bawah Kerajaan Negeri Terengganu, di antara tugas utama BKT adalah untuk membantu Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri Terengganu yang terdiri dari 7 PBT secara keseluruhannya  untuk mempertingkatkan kecekapan dalam memberi perkhidmatan yang diperlukan ke arah mempertingkatkan kualiti hidup penduduk dalam kawasan PBT .

Bagi mencapai matlamat tersebut, BKT dipertanggungjawabkan untuk menggubal, menyelaras dan memantau dasar-dasar serta peraturan-peraturan berkaitan Kerajaan Tempatan serta menyediakan khidmat nasihat dan input teknikal, khasnya mengenai aspek-aspek kebersihan, maklumat perlesenan dan pembinaan bangunan kepada semua PBT.

Oleh kerana fungsi BKT dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah saling berkait-rapat dengan masyarakat umum  yang terdiri daripada penduduk setempat, para peniaga, pelabur serta pelancong, saya berharap melalui laman web ini, maklumat dan perkhidmatan yang dikehendaki akan dapat diperolehi dengan lebih mudah, cepat dan berkesan.

 Sekali lagi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Datang ke Laman Web BKT. Adalah menjadi harapan saya, laman web ini digunakan sepenuhnya untuk penyebaran dan perkongsian maklumat berkenaan dengan Kerajaan Tempatan. Dengan itu, kami mengalu-alukan anda melayari laman web ini dan mengemukakan sumbangan idea dan maklumbalas bagi memantapkan lagi kandungan laman web ini untuk manfaat semua pihak.