LAWATAN Y.B. TAN SRI NOH BIN OMAR KE TERENGGANU

Ditulis pada .

.

Pada 15 April 2017, Kerajaan Negeri telah menerima lawatan daripada Y.B. Tan Sri Noh Bin Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.  Lawatan beliau disambut oleh Y.A.B. Dato' Seri Haji Ahmad Razif Bin Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu bersama Y.B. Dato’ Haji Mohd Jidin Bin Shafee, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri Terengganu di sini. Lawatan ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai kerja-kerja pembangunan di negeri Terengganu. Y.B. Tan Sri Noh Bin Omar juga sempat melawat tapak pembinaan semula Kompleks Pasar Kedai Payang dan penerangan mengenai ppembangunan semula ini dibentangkan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan wakil daripada LWC Architect sebagai perunding projek.

[Galeri Foto]

MAJLIS PERSARAAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU

Ditulis pada .

26 Januari 2017, Majlis persaraan dan pertukaran pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu telah diadakan bertempat di Bilik Jamuan, Tingkat 18, Wisma Darul Iman. Majlis telah di sempurnakan oleh YB Dato' Wan Nawawi bin Haji Wan Ismail, SUK Terengganu. Turut hadir Haji Zainal Abidin bin Hussin, TSUK Terengganu serta pegawai-pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu.

[ Galeri Foto ]

MAJLIS PENGAKUAN MENERIMA JAWATAN DATUK BANDAR DAN YANG DIPERTUA PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Ditulis pada .

Pada 5 Oktober 2016 telah diadakan Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan di hadapan Y.A.B Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman Kuala Terengganu.

[ Galeri Foto ]