Sukan Pihak Berkuasa Tempatan 2014

Ditulis pada .

Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan agenda tahunan yang dikelolakan oleh Bahagian Kerajaan Tempatan dengan kerjasama tujuh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu.

Seperti tahun sebelum ini, Sukan PBT akan diadakan secara karnival dan daerah bertuah yang terpilih bagi menjadi tuan rumah tahun 2014 adalah Setiu. Acara-acara yang bakal dipertandingkan adalah:

  • Bola Sepak
  • Bola Jaring
  • Bola Tampar
  • Karom
  • Dart
  • Dam aji
  • Badminton
  • Tenpin Bowling

Walau bagaimana pun, acara Bola Jaring dan Tenpin Bowling akan diadakan lebih awal disebabkan oleh kekangan masa dan fasiliti. Sesi latihan telah mula rancak dijalankan. InshaAllah Bahagian Kerajaan Tempatan turut mengambil bahagian untuk memeriahkan lagi acara tahunan ini.

Majlis Perasmian Penutup Sukan PBT akan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Terengganu.