LAWATAN Y.B. TAN SRI NOH BIN OMAR KE TERENGGANU

Ditulis pada .

.

Pada 15 April 2017, Kerajaan Negeri telah menerima lawatan daripada Y.B. Tan Sri Noh Bin Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.  Lawatan beliau disambut oleh Y.A.B. Dato' Seri Haji Ahmad Razif Bin Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu bersama Y.B. Dato’ Haji Mohd Jidin Bin Shafee, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri Terengganu di sini. Lawatan ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai kerja-kerja pembangunan di negeri Terengganu. Y.B. Tan Sri Noh Bin Omar juga sempat melawat tapak pembinaan semula Kompleks Pasar Kedai Payang dan penerangan mengenai ppembangunan semula ini dibentangkan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan wakil daripada LWC Architect sebagai perunding projek.

[Galeri Foto]